The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Selangor Johan Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-100

Nov 13, 2022 - FAS

Piala Emas Raja-Raja Edisi Ke-100

Pasukan muda Selangor dinobatkan sebagai Juara Piala Emas Raja-Raja edisi ke-100 setelah menewaskan PDRM 3-2 dalam masa tambahan di Stadium MBPJ semalam.

Penyerang muda Selangor, Adim Muzahhir telah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-3 perlawanan. Pasukan PDRM kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-22. Kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama. Kemudian di separuh masa kedua, pasukan PDRM terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke 59 sebelum Amirul Haziq meledak gol daripada sepakan percuma diberikan pada minit ke-73. Dalam masa tambahan, Nazrin Nasir telah menanduk masuk gol kemenangan Selangor pada minit ke-119 sekali gus dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Emas Raja-Raja 2022.

Menurut Shaiful Nizam, Ketua Jurulatih pasukan, komitmen dan kualiti setiap pemain menjadi faktor utama pasukan berjaya menjulang kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2022 edisi ke-100. 

“Kejayaan pasukan adalah daripada keinginan pemain sendiri kerana mereka ingin mencipta sejarah. Selama 25 tahun Selangor tidak menjulang piala ini, jadi mereka betekad untuk bersatu hati untuk beraksi dengan baik terutamanya kapten pasukan, Hariz Mansor yang memberi semangat kepada pasukan dalam setiap perlawanan. Alhamdullilah, rezeki kami untuk menjulang Piala Emas Raja-Raja edisi ke-100 ini. Piala ini juga khas buat arwah Yusni Idrus yang sentiasa di hati kami. 

Komitmen dan kualiti yang ada daripada pemain-pemain sangat luar biasa. Biarpun mereka berdepan dengan pasukan yang menurunkan pemain yang lebih tua tetapi mereka beraksi dengan matang dan sifat berani bersaing yang ditunjukkan sangat menakjubkan,” puji Shaiful Nizam.

Pasukan Selangor telah beraksi dengan cemerlang dari awal kejohanan Piala Emas Raja-Raja ini berlangsung. Baca lebih lanjut di sini.

Selangor Fc mengucapkan tahniah kepada barisan pemain, jurulatih serta pegawai pasukan atas kejayaan menjuarai Piala Emas Raja-Raja edisi istimewa ke-100 tahun 2022. Semoga pengalaman ini membantu pemain-pemain muda Gergasi Merah untuk masa hadapan. 

Demi Kebanggaan.